Friday

Alhamdulillah, aku happy

#1.0- Masa sekolah dulu
Aku pernah terfikir macam mana member-member boleh rapat dengan ayah diorang? Cerita pasal masalah, apa yang diorang buat dekat sekolah tadi, cerita pasal kawan and stuff sedangkan kawan aku pun ayah aku tau nama shidah and soph je. Banyak kali la jugak cuba buat macam member lain; try cerita dekat ayah but still rasa macam pelik. Semua benda dah terbiasa cerita dekat mama- sebab mama paling banyak kasi respons maybe. Bila call rumah kalau ayah angkat, mulut dah terbiasa cakap "mama ada?" and aku rasa bersalah sebab tak cakap dengan ayah. Dulu perasan la jugak mama cam kekadang try "ni ha nah cakap dengan ayah" and perkataan yang first keluar of course "ayah dah makan? tengah buatpe?" So cliche sampai rasa nak hentak kepala kat public phone.

#1.5- Sekarang
Dah boleh buat banyak conversation dengan ayah. Dia start masa cuti SPM sebab ayah paling semangat jadi counselor pasal universiti and pilih course. Lepastu, disebabkan sekarang tengah belajar engineering and banyak things in common dengan ayah, makin senang nak call message whatsapp semua cakap pasal insecurities dengan core subjects, soalan-soalan engineering yang confusing, project la apa la. So now, Allah kasi apa yang aku nak sangat dulu, yang aku doa dari dulu: rapat dengan ayah tanpa rasa awkward.

Alhamdulillah, aku happy.

#2.0- Masa sekolah dulu
Suka tengok langit. Almost everyday masa pergi-balik prep malam mesti dongak kepala tengok bulan bintang. Sampaikan pernah buat "Things I must do before keluar sekolah" and first dalam list was baring atas jalan and star gazing. Banyak kali cari masa and port baik nak star gazing tapi selalunya langit kosong, homework banyak, warden tengah rajin and paling common: pakcik guard. Alhamdulillah nasib baik ada satu malam tu line clear habis, terus star gazing sama-sama dengan ainhad and pah kat depan dewan. Best moment, hands down. 

#2.5- Sekarang
Training silat dekat uni dah dua kali seminggu and dia punya warm up tu paling aku taknak lepas. Masa buat sit up, stretching semua dah boleh star gazing selama mana kau nak. Takpayah cari port, or cari masa sesuai, takyah risau pasal homework, pakguard and warden. Kalau masa sekolah dulu 5 tahun cuma dua kali je ada peluang star gazing, kat uni seminggu dua kali kau dapat. Every week. Sampai kau habis belajar.

Alhamdulillah, aku happy.

           Appreciate more, and banyak benda baik akan datang dekat kau insyaAllah (:

Alhamdulillah, aku happy